(3 FOTO) Zarul Umbrella Kongsi Gambar Isterinya, Intan Nur Fathihah

0
7525

Zarul Umbrella merupakan penyanyi yang kembali menyinar setelah berjaya menerusi rancangan Gegar Vaganza. Nama vokalis kumpulan Umrella in mula menjadi sebutan ramai sejak muncul sebagai peserta di GV musim 3.

Di rancangan itu, Zarul Umbrella berjaya mendapat tempat ketiga tewas kepada Azharina dan Siti Sarah di pentas akhir. Walaupun tidak bergelar juara, nama Zarul terus naik dan berjaya mendapat tempat di industri hiburan tanah air.

Malah Zarul Umbrella dimurahkan rezeki dengan tawaran lakonan menerusi drama yang menjadi viral iaitu drama bersiri Syurga Yang Kedua, gandingan bersama Siti Elizad dan juga Fasha Sandha.

Dalam perkembangan tentang keluarga dan hal peribadi, umum mengetahui bahawa Zarul sudah pun berkahwin, tetapi jarang dia tayang wajah isterinya itu.

Kali terakhir, Zarul ada bersama isterinya pada acara permaidani merah AJL 32 sekaligus mendapat perhatian netizen. Ramai peminat meluahkan rasa gembira melihat kehadiran pasangan berkenaan pada acara berprestij itu.

Zarul berkata itulah kali kedua beliau meminta Intan menemaninya pada acara hiburan.

Namun begitu, Zarul menegaskan dirinya masih kekal dengan pendirian untuk tidak terlalu berkongsi cerita peribadi dan perihal keluarga bersama orang ramai.

Katanya, beliau juga akan memastikan wanita kesayangan termasuk anaknya, Puteri Ayu Nur Arisha yang kini berumur 20 tahun, tidak diganggu oleh sesiapa sehingga mampu menjejaskan kehidupan normal mereka.

Untuk pengetahuan, Zarul Umbrella pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan anak perempuan, Puteri. Bagaimanapun mereka berpisah pada 2005. Kemudian, Zarul mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Intan pada 29 April 2010.

Dan yang terbaru, zarul ada berkongsi gambar terkini nya bersama isterinya itu menerusi laman media sosial.

Jom layan beberapa foto Zarul Umbrella bersama isterinya:

Sama cantik sama padan. Semoga bahagia selalu.

Sumber: IG Zarul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here