(5 FOTO) TMJ Jadi Tumpuan, Pandu Sendiri Kereta Kancil Ketika Hadiri Majlis

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memang dikenali ramai sebagai seorang yang amat meminati kereta mewah dan klasik. Kalau setiap kali hadir ke sebarang majlis, antara yang menarik perhatian ramai ialah kereta yang dipandu TMJ. Kalau lihat di laman FB miliknya, sudah tentu kalian akan perasan pelbagai kereta yang dipandu oleh TMJ.

Hari ini, sekali lagi TMJ jadi tumpuan orang ramai ketika hadir ke satu majlis. Ini apabila kereta yang dipandu TMJ agak berlainan semasa Baginda telah menghadiri majlis pelancaran permohonan aplikasi online Rumah Impian Bangsa Johor di pejabat Yayasan Sultan Ibrahim.

Apa yang menjadi tumpuan ialah TMJ memandu kereta yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, Perodua Kancil.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh pengguna Facebook yang menggunakan na,a Muhammad Jefreel itu, TMJ dilihat mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut sebelum memandu sendiri kereta Kancil diiringi polis pengiring.

Lebih menarik, kereta Kancil berwarna gelap dengan nombor pendaftaran JBL 2 itu dilihat mempunyai sunroof.

Posted by Muhammad Jefreel on Tuesday, 30 October 2018

Sebelum ini, laman rasmi Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers pernah memuatnaik foto kereta tersebut. Kereta berkenaan merupakan kereta pertama yang dihadiahkan oleh Sultan Johor kepada TMJ, memang kereta kesayangan yang mempunyai nilai memori peribadi yang amat tinggi.

Ini koleksi kereta kancil milik TMJ:

Ini dua lagi gambar yang pernah dimuatnaik di laman FB Johor Southern Tigers:

Sumber: TMJ, Johor Southern Tigers

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here