7 FOTO: Nik Iruwan Kekasih Baru Zahirah Macwilson?

Sebelum ini, pelakon Zahirah Macwilson menajdi tumpuan ekoran kisah percintaan dengan pelakon Zul Ariffin. Hubungan kedua-dua pelakon ini tak dapat diselamatkan lagi dan akhirnya mengumumkan sudah berpisah.

Selepas beberapa bulan putus cinta dengan Zul Ariffin, kini Zahirah Macwilson sudah melupakan kisah silam untuk terus move on malah pelakon jelita ini khabarnya sudah temui pengganti baru yang menjadi kekasih hati.

Gosip hangat diperkatakan bahawa Zahirah Macwilson kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan automobil dan bekas pelumba kereta litar Formula. Individu berkenaan bernama Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Kisah mereka mula jadi buah mulut kerana kedua-duanya mereka dilihat sering bersama dan baru-baru ini ada gambar bersama. Ini fotonya:

Dari foto yang dimuatnaik dalam Instagramnya, Nik Iruwan sering bersama rakan-rakan artis di Indonesia seperti Bunga Citra Lestari, Judika, Ahmad Dhani, Luna Maya dan ramai lagi.

Nik Iruwan seorang yang berpelajaran tinggi dan merupakan pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom dan ini kini sedang sibuk mengembangkan empayar perniagaan yang dimiliki oleh keluarganya, Nizra Group ke peringkat yang lebih tinggi.

Nik Iruwan juga telah memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Hamza Motors Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Jejaka ini yang pernah beraksi sebagai pelumba litar Formula negara, meneruskan minatnya dalam sukan permotoran melalui syarikat Nizra Motorsport dan telah terlibat dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga merupakan Presiden Persatuan Orang Muda Kota Bharu, Kelantan iaitu bertanggungjawab dalam membangunkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di negeri itu.

Ramai mengatakan pasangan ini sedang bercinta, kita tunggu jawapan dari tuan punya badan nanti tentang hal ini.

Ini beberapa foto Nik Iruwan:

Sumber: Hangat / IG Nik Iruwan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here