8 GAMBAR MAJLIS NIKAH: Elfira Loy Selamat Disatukan Dengan Faris.. TAHNIAH!!

0
19448

Pelakon popular, Elfira Loy disahakn sudahpun disatukan dengan pasangannya.

Elfira Loy telah memuat naik sekeping foto dipercayai majlis pernikahannya dengan Faris Khairol Anwar di laman media sosial Instagram pada hari ini, pagi Selasa ( 1 januari 2019).

Menerusi foto tersebut, ianya memperlihatkan Faris Khairol Anwar sedang menyarungkan cincin ke jari manis Elfira Loy.

Jelas kegembiraan terpancar diwajah pelakon berkenaan yang dilihat tersenyum melihat cincin disarungkan ke jarinya.

Pasangan sama cantik sama padan itu dilaporkan selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi bertempat di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Elfira Loy telah memakai busana berwarna putih lengkap dengan vel rekaan Rizman Ruzaini yang pernah viral sebelum ini di laman sosial.

Menerusi caption gambar itu, Elfira Loy hanya menulis ucapan syukru iaitu “Alhamdulillah” dan tiada sebarang butiran lain tentang majlis pernikahannya.

Semalam, sebuah portal berita telah melaporkan pasangan itu akan melangsungkan pernikahan pada Selasa bersempena kehadiran tahun baharu 2019.

Pasangan itu juga dikatakan akan mengadakan kenduri perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka.

Elfira Loy dan Faris yang masing-masing berumur 24 tahun telh mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu.

Di ruangan komen rata para peminat menulis komen mengucapkan tahniah buat Elfira Loy dan juga pasangannya itu.

Ini fotonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here