“Abah saya seorang yang cacat penglihatan, dia buta tetapi..” Kisah bapa PU Amin buat ramai tersentuh

0
1860

Ustaz yang amat popular di laman media sosial iaitu Pencetus Ummah Amin (PU Amin) telah menjadi tumpuan semalam setelah memuatnaik satu kisah yang amat menyentuh hati ramai pihak.

PU Amin telah berkongsi kisah tentang bapanya di laman media sosial Instagram.

Menurut PU Amin, bapanya merupakan seorang yang kurang upaya dari segi penglihatan tetapi mempunyai keupayaan untuk mengajar golongan buta mengaji Al-Quran.

Malah ini juga merupakan antara sumber kekuatan untuk PU Amin terus melakukan kerja-kerja dakwah.

Ini perkongsian dari PU Amin:

“Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel pergi ke seluruh Malaysia ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tapi boleh menghafal Al-Quran. Banyak buku barile dia buat untuk orang-orang buta.

“Kini, walau diri kian dimamah usia, masih tak letih ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatah lagi kalau ada jenis yang menganjing OKU. Jadi saya cepat tersentuh,”

“Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komputer, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tidak dapat melihat itu, menitiskan air mata. Pesannya “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit.

“Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,”

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan ayah kepada PU Amin itu yang terus berdakwah walaupun mempunyai kekurangan dalam hidupnya.

Memang hebat sungguh keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah untuk bapa PU Amin ini! Semoga perjalanan hidupnya sentiasa diberkati dan akan menerima ganjaran yang setimpal di akhirat kelak. Amin!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here