Abang Acap buat laporan polis.. minta orang ramai berhenti cari Acap, baca kenyataannya

Abang kepada peserta Gopeng Ultra Trail Mohamad Ashraf Hasan (Acap) dikatakan telah pun membuat satu laporan polis agar pencarian adiknya itu dihentikan oleh orang ramai.

Mohammad Azlan, 31 tahun, dalam laporan polis yang dibuat pada Ahad berkata, dia yang mewakili pihak keluarga membuat laporan di Balai Polis Gopeng untuk meminta orang ramai atau sukarelawan berhenti mencari Acap.

Ini laporan polis berkenaan:

Ini kenyataan dalam laporan polis berkenaan:

“Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.

“Setelah berbincang dengan Ketua Kampung Pintu Padang saya membuat satu laporan polis supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak benar tentang kehilangan adik saya.

Setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk baharu yang membawa kepada penemuan Pembantu Makmal di Kilinik Kesihatan Daerah Muar , Johor berusia 29 tahun itu.

Melalui satu lagi perkongsian dari abang Acap di FB bernama Denny Lang, ada satu perkongsian tentang pihak polis akan menjejak adiknya itu, ini tulisnya di FB:

“Taklimat Sebelum Bermula Pergerakkan Misi Mencari Berskala Besar Oleh Unit Polis”

Diimbas kembali, Acap tiba-tiba ‘hilang tanpa jejak’ ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung pada 23 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here