Abby Abadi Selar Pakaian Blackpink Terlampau Singkat, Pelik Konsert Tak Dibantah

0
38456

Kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink telah membuat persembahan dan berjaya menggegarkan pentas Malaysia semalam.

Blackpink membuat satu persembahan cukup mantap dan telah menghiburkan para peminatnya di Malaysia yang dah lama tertunggu-tunggu kumpulan ini untuk menyanyi secara live.

Ditambah lagi dengan aksi comel dan wajah yang cantik, mereka memang berjaya memukau hati para peminatnya. Dikatakan, seramai 8000 orang peminat kumpulan berkenaan telah membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam. Memang cukup ramai, apatah lagi tiket konsert ini dikatakan boleh tahan juga harganya.

Konsert Black Pink terus jadi trending dan peminat di laman media sosial heboh memperkatakan tentang kemeriahan konsert berkenaan.

Akan tetapi, selebriti yang sudah berhijrah iaitu Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu kenyataan yang agak tegas. Abby mempertikaikan mengapa tiada pula bantahan ataupun protes yang dilakukan untuk membantah penganjuran konsert berkenaan sedangkan ahli kumpulan Blackpink berpakaian agak terterlaluan dan terdedah.

Ini komen Abby Abadi:

“Jap jap.. sebelum tidur nak tanya. Takde siapa buat demo ke Blackpink ni pakai skirt pendek nauuuuuu buat konsert kat Malaysia ni? Haritu Selena Gomez bukan main huru hara lagi sampai buat solat hajat depan stadium. Yg ni?

“Apa yg bestnya Blackpink ni ye? Sorry Sy tertinggal bas. Tertengok ni baru tahu pasal Blackpink ni .. #janganmarah #tanya #demojanganbermusim

Kenyataan Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminat kumpulan K-Pop. Mereka berpendapat Abby tidak perlu terus mencari kesalahan serta mengkritik cara hidup orang lain sedangkan beliau sebelum ini juga mempunyai masa silam tersendiri dan terlibat dalam industri hiburan.

Untuk pengetahuan, konsert Blackpink di Malaysia merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area). Malah di negara ini, konsert ini berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2019.

Sumber: Ig Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here