Acappan Meninggal Dunia.. Takziah!

Awal pagi tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih apabila pelawak popular Acappan disahkan telah meninggal dunia. Kematian pelawak hebat ini adalah akibat dari kegagalan buah pinggangnya.

Berdasarkan kenyataan anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam telah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama.

Acappan meninggal dunia pada umur 63 tahun. Satu upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

Mendiang merupakan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an. bakat Acappan mula dicungkil menerusi rancangan terbitan RTM.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53 tahun, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31 tahun, Dhineshwaran Samynathan, 28 tahun, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24 tahun.

Persatuan Seniman Malaysia melalui Setiausaha Agungnya iaitu Hafiz Nafiah turut melahirkan rasa dukacita atas kematian pelawak berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang di atas kehilangan bintang hebat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here