Aiman Tino Dimasukkan Ke Pusat Perubatan.. Ini Keadaan Terkininya

Penyanyi sedang meningkat naik, Aiman Tino telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Rawang semalam setelah mengadu mengalami sakit di perut selain mempunyai masalah tonsil yang membengkak.

Perkara ini disahkan oleh ibunya sendiri iaitu Hazelina. Ibu Aiman tino menyatakan bahawa anaknya itu masih dalam pemantauan pihak doktor sejak dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pemeriksaan lanjut di dalam perut pada pagi Rabu untuk melihat apa masalah yang dihadapinya.

Ini sedikit komen dari ibu Aiman Tino yang berumur 42 tahun ini:

“Aiman kini dalam keadaan stabil. Dia dimasukkan ke hospital petang tadi selepas mengadu sakit perut dan ada tonsil di bahagian tekaknya. Badannya juga panas namun buat masa ini doktor masih memantau keadaannya dan Insya-Allah esok dia akan menjalani pemeriksaan perut.

“Buat masa sekarang, belum tahu lagi penyakit sebenar yang dihadapinya… Apa-apa pun kena tunggu keputusan selepas pemeriksaan”

Semalam satu gambar memperlihatkan Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, yang sedang terlantar sakit mula tersebar selepas ada pihak memuat naik gambarnya di laman sosial.

Dalam pada itu, Hazelina berharap orang ramai dapat mendoakan Aiman agar segera sembuh dan tidak mengalami sebarang penyakit yang serius.

“Saya harap semua orang doakan kesihatan dan keadaan Aiman. Doakan supaya dia cepat sembuh dan dijauhkan daripada sebarang penyakit yang serius”

Penyanyi berumur 20 tahun ini popular dengan lagu Ku Rela Dibeci dan Permata Cinta. Semoga Aiman Tino kembali sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here