Aishah Ambil Tindakan Undang-Undang, Beri Tempoh 7 Hari Kepada DS Vida, Tak Layan Aliff Syukri

0
9432

Penyanyi bersuara emas, Aishah telah mengemukakan satu surat tuntutan kepada penaja Gegar Vaganza Musim-5 iaitu Datuk Seri Vida berkaitan hadiah selepas menjuarai Gegar Vaganza musim keempat. Tuntutan ini dibuat bersama peguamnya pagi tadi.

Menerusi tuntutan tersebut, Datuk Seri Vida (DSV) diberikan tempoh selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini untuk menjawab dan mematuhi tuntutan sebagaimana yang tertera dalam surat tuntutan tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Ig miliknyam, Aishah menyerahkan segala kepada undang-undang. Ini tulisnya: “Sekarang biarlah undang-undang menentukan”

Sementara itu, berhubung tempoh tuntutan, sekiranya tiada respon balas daripada DSV selepas tujuh hari, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, akan berbincang semula dengan peguamnya, Mohammad Izwan Azmi.

Ditanya tentang tanah lot seperti yang dijanjikan oleh seorang lagi penaja lain, Aishah memberitahu bahawa ianya masih dalam fasa menunggu.

Sebelum ini Aishah mendedahkan tanah lot berkeluasan banglo itu akhirnya difahamkan lebih kecil tambahan pula ukurannya tidak sesuai untuk sebuah rumah.

Dalam sidang media pagi tadi, juara GV4 itu turut berkata, dia tidak akan menghadiri GV5 minggu kedua nanti seperti yang dicanang oleh penaja Gegar Vaganza musim ke-5 iaitu Dato Seri Aliff Syukri.

Aishah tak tahu tujuan sebenar Aliff Syukri.

Ini kata Aishah:

“Dia (Datuk Aliff Syukri) hanya mencabar saya untuk hadir ke GV5 minggu kedua nanti. Malahan saya tak tahu apa tujuan sebenar dia suruh saya datang, menyanyi pun tidak atau saja-saja nak duduk di sebelah DSV? Apa yang anda jangkakan? Nak selesaikan dalam konsert GV, logik ke? Kalau nak jemput hadir, jemput sekali penaja utama yang lain”

Sebelum ini, Dato Seri Vida telah menjadi penaja kepada rancangan ini selama beberapa musim dan telatahnya di Gegar Vaganza sering jadi tumpuan ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here