Akhirnya ini komen dari isteri Acap… Anak kecil mereka setiap hari tanya ayah mana

Isteri kepada Mohammad Ashraf atau Acap (29 tahun) akhirnya tampil berbicara tentang kehilangan suaminya itu. Isteri Acap bernama Hamizah (27 tahun) masih yakin suaminya itu akan balik.

Ini komennya:

“Saya yakin suami (Acap) akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti, setakat ini masih belum ada apa-apa (perkembangan terkini), doakan suami saya”

Hamizah adalah isteri kepada Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, sejak 23 Mac lalu.

Selepas hanya mendiamkan diri tanpa memebri sebarang kenyataan kepada media sejak hari pertama kehilangan suaminya, akhirnya kini Hamizah sudah tampil meluahkan isi hatinya.

Hamizah berkata, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik terhadap ahli keluarga sebelum menyertai larian itu kerana bukan pertama kali dia menyertai larian seumpama itu.

Ini komenya lagi:

“Dia macam biasa sebab ini bukan (acara) pertama kali disertainya, untuk larian ini, baru pertama kali dia sertai,”

Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aisyah berusia setahun. Kini sudah 24 hari Aisyah tidak menatap wajah bapanya itu.

Ternyata amat rindu dengan ayah, Hamizah berkata, anaknya itu setiap hari bertanyakan mengenai suaminya yang dipanggil ‘daddy’.

Ini luahan Hamizah:

“Dia memang rapat dengan ‘daddy’ dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap ‘daddy’ balik malam ini.

“Setiap hari saya cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa”

Hamizah turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan netizen di laman sosial yang menyebarkan berita kononnya kehilangan Acap berkaitan masalah keluarga antara mereka berdua.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu jelas fitnah malah memaklumkan dia dan suami tiada masalah keluarga.

“Semua yang baik saya anggap doa, yang tak baik saya positif, mungkin itu cara Allah SWT nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.

“Saya cuba positifkan diri, masa inilah dugaan Allah SWT itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Tuhan”

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here