Akhirnya Zamani Dedah Penyakit ‘Bongkok’ Yang Dialaminya, Boleh Risiko Lumpuh

0
6356

Peserta Gegar Vaganza musim kelima iaitu Zamani kalau dilihat di atas pentas seperti agak bongkok dan senget badan atau tulang belakang nya. Sebenarnya, Zamani mendedahkan bahawa dia sedang mengalami penyakit Skoliosis iaitu penyakit tulang belakang menyenget dan bengkok.

Malah, Zamani boleh berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani yang kini berumur 47 tahun berkata, buat masa sekarang dia bergantung dengan ubat tahan sakit.

Ini pendedahannya tentang penyakitnya itu:

“Menurut doktor, tulang belakang saya sudah bengkok teruk dan mencadangkan saya buat pembedahan. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus”

Sepanjang menyertai pertandingan Gegar Vaganza 5 (GV5) ini, vokalis kumpulan Slam ini bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan sakit.

Namun, Zamani tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

“Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.

“Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu”

Zamani berkata, duit kemenangan RM30,000 akan digunakan untuk menampung kos rawatan sakit tulang belakang itu.

“Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan”

Zamani berjaya mendapat tempat ketiga di rancangan Gegar Vaganza musim kelima ini membawa pulang wang tunai RM30,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here