“Aku lama kat sini” – Foto Dan Keadaan Terkini Benjy Di Penjara Indonesia.. Benjy Sempat Utus Surat

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali degan nama Benjy sempat menulis pesanan pada sekeping nota tulisan tangan dari penjara Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia yang meminta orang ramai agar mendoakannya.

Anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty ini menyatakan bahawa dia meminta kepada semua pihak supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya di sebalik tirai besi di negara itu yang berbaki 10 tahun lagi.

Ini kata Benjy:

“Aku lama lagi kat sini, jadi tolong doakan yang kesihatan aku semakin baik. Sebab aku perlu untuk jadi sihat agar dapat meneruskan kehidupan di sini.

“Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan,”

Surat yang bertarikh 15 Disember 2018 itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawatnya di penjara itu
baru-baru ini.

Ini surat berkenaan:

Benjy telah dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram barang terlarang dan ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April tahun lalu.

Kalau ikutkan dari tarikh hukuman, benjy dijangka dibebaskan pada 2028.

Bercakap mengenai lawatan Seniman, Zed Zaidi memberitahu Benjy mengalami penyakit asma kronik selain berpotensi untuk terkena batuk kering atau tuberculosis (TB).

Kata Zed, rawatan terhad selain ubat-ubatan yang menelan kos tinggi menyebabkan Benjy terpaksa menanggung derita dan atas dasar kemanusiaan Seniman terpanggil untuk membantu.

Ini jelas Zed Zaidi:

“Apabila kami berjumpa sahaja dia terus memeluk saya dengan lama kerana menurutnya kami orang pertama dari Malaysia yang melawatnya sejak dipenjarakan tahun lalu.

“Cakap sekejap kemudian dia menangis sambil terbatuk-batuk… Memandangkan dia bukan warganegara Indonesia jadi untuk membeli ubat-ubatan yang sesuai menelan kos tinggi malah pemeriksaan pun dia perlu bayar.

“Alhamdulillah kami sempat membawanya menjalani pemeriksaan dan membeli ubat-ubatan untuknya ketika melawatnya di penjara”

Benjy memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan perubatannya dan Seniman akan cuba sebaik mungkin dalam mengurangkan bebannya itu.

Atas dasar itu juga kata Zed, Seniman akan menganjurkan Seniman Run 2.0 2019 iaitu satu acara berbentuk larian amal bagi mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli-ahli persatuan itu yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Malah bersempena dengan larian itu juga, Seniman turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy bagi mengumpul dana membantu pelakon itu.

Sumber: mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here