Aku Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin Segelas Ais Cendol!

Ini satu kisah yang agak unik yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Ianya berkaitan dengan mas kahwin.

Mas kahwin atau mahar adalah pemberian wajib yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu berlangsungnya majlis pernikahan. Kalau di Malaysia, setiap negeri di negara ini mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza-beza dan ianya mengikut negeri.

Tapi, lain pula cerita mas kahwin pasangan dari Indonesia ini di mana mereka memilih segelas cendol sebagai mas kahwin dan juga surah Al-Ikhlas. Memang unik bukan.

Kisah ini mula jadi viral di laman media sosial di Indonesia apabila video pernikahan sepasangan pengantin baru telah dikongsikan oleh FB bernama Bagus Yudhistira di laman Facebooknya pada 30 Januari lalu. Namun tempat berkenaan tidak dapat dipastikan di mana.

Dengan berwalikan bapa pengantin, pasangan ini sah diijabkabulkan dengan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.

Sejurus selepas akad nikah, pengantin lelaki telah menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan. Sebagai tanda ‘terima’, pengantin perempuan meminum cendol tersebut.

Kemudian, untuk menjadi lebih unik lagi, sebagai simbolik perkahwinan berkenaan, pengantin lelaki telah menunggang sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk kelengkapan untuk menjual air cendol menuju ke rumah pengantin perempuan.

Jom saksikan video unik yang berlaku di begara jiran ini.

Ini video yang viral itu:

Posted by Bagus Yudhistira on Tuesday, 29 January 2019

 

Posted by Bagus Yudhistira on Tuesday, 29 January 2019

Sumber: FB Bagus Yudhistira / Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here