“Alam pertunangan ni best… Kalau nak tunang tiga tahun okey ke?” – Fasha Sandha

0
2526

Kini telah pun satu bulan pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz mengikat tali pertunangan. Sememangnya Fasha Sandha dan Aidil Aziz kelihatan begitu bahagia, dan sedang berada di fasa hangat bercinta.

Fasha Sandha juga akui bahawa pengalaman bertunang buat kali pertama ini disifatkan sebagai amat membahagiakan malah ada bertanya adakah okey untuk bertunang selama 3 tahun.

Ini komen Fasha Sandha:

“Encik tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama bertunang.

“Alam pertunangan ni best juga sebenarnya sebab orang kata alam pertunangan ni menguji… Tapi Alhamdulillah setakat ini, baik-baik sahaja.

“Kalau nak bertunang tiga tahun rasa-rasa OK ke? Sebab kawan kami ada yang bertunang 9 tahun!”

Melihat komen dari Fasha Sandha yang ingin bertunang lama, rata-rata netizen tampil memberi respon masing-masing.

Ini komen para netizen:

haraf_inawzi78: “tak payah lama2 la sis @fashasandha … kalo dah suka, terus nikah je. Heheheh”

norhayatiasburn: “Org kata alam bertunang semua nya indah, tapi bila lepas berkhawin baru nampak true colour pasangan masing2”

wantauraniah: “Tok sah la lama2 bertunang.. Kita pon bukan taw ajal kita bila”

arfahn9: “Tak payah lama2 lah @fashasandha.. elok disegerakn perkara yg baik… insya allah rezeki allah itu pasti..”

missfyda_bylavida: “saya pun dah bertunang 4 tahun… In Shaa Allah tahun depan 5 tahun da bertunang dan plan bernikah… pokok pangkal hati kite..dugaan tu setiap masa ada..dah kahwin pun pasti ade dugaan… yang penting cara kite hadapi dan tangani dugaan tu..sape tak nak kwen cpt..kite hanya merancang tapi Allah SWT tu sebaik2 perancang”

syamsinar_suria: “Saya bertunang 4 tahun. Memang banyak benda menguji tapi tatau kena masa tunang rasa makin sayang. Haha. Sekarang dah kawen 4 tahun anak satu. Alhamdulillah @fashasandha”

Itulah antara respon yang diberikan oleh peminatnya.

Pelakon jelita berumur 34 tahun ini, mengikat tali pertunangan dengan Aidil, 31 tahun pada 18 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

Fasha Sandha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Dari perkahwinan berkenaan, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here