“Alhamdulillah, Akhirnya Jumpa Jodoh, Selesai Merisik” – Ardell Aryana

Pelakon, penyanyi dan pengacara Ardell Aryana menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG), menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya di kalangan para peminatnya.

Dari entri berkenaan, rata-rata follower dan peminat mengaggap bahawa Ardell Aryana telah dirisik oleh seseorang dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Ini perkongsian oleh Ardell Aryana di laman IG miliknya:

“Alhamdulillah, akhirnya jumpa jodoh, selesai ‘merisik’. Gambar Sekadar Hiasan konon acah-acah kita la kena risik.

“Slide left, itulah wajah wanita sebenar yang ‘dirisik’. Kita ni wakil tukang merisikkan je.

“Bakal ‘Kak Ipar’ baru pak kikikk. Nak jadi suami orang dah abang sulong 22 hari bulan ni.

“Kita pulak excited macam nak nangis abang nak nikah dah. Caitt! Baca ni jangan tanya saya bila lagi ya!,”

Aduhai rupanya Ardell Aryana dan keluarga yang pergi merisik seorang wanita untuk abangnya.

Rata-rata mengakui terkejut apabila melihat gambar dikongsikan oleh Ardell akan tetapi akhirnya mereka mula faham apabila sudah membaca status yang ditulis oleh Ardell Aryana.

Ada juga yang mendoakan agar Ardell segera bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya nanti. Ada juga yang menyuruh rakan baik dan juga pelakon Nadzmi Adhwa untuk cepat-cepat merisik Ardell Aryana pula selepas ini.

Mereka berdua dilihat amat akrab walaupun tidak pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here