Aliff Aziz buka mulut.. kini ‘sembunyi’ di hotel

0
5899

Kalau diikutkan memang dah banyak kali kita dengar kisah curang melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang juga suami kepada penyanyi Bella Astillah.

Bagaikan tak insaf dan tiada erti penyesalan, satu persatu isu melibatkan kes curang Aliff Aziz diketahui umum dan juga isterinya.

Kini Aliff Aziz telah menerima kecaman hebat dari netzien yang menyatakan sokongan padu terhadap Bella Astillah yang telah beberapa kali ‘ditipu’ dan dipermainkan.

Aliff Aziz yang juga bapa kepada seorang anak mengakui ketika ini adalah fasa paling getir yang dia lalui sepanjang 28 tahun hidup.

Ini komen Aliff Aziz:

“Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.

“Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi insya-Allah,”

Bagaimanapun, Aliff enggan meneruskan perbualan tersebut dan meminta ruang kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan.

“Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang,” 

Selasa lalu sekali lagi nama Aliff Aziz telah terpalit kontroversi apabila gambar tidak senonoh bersama gadis bawah umur tular dan menggemparkan industri hiburan tanah air.

Wartawan dilihat telah menerjah ke sebuah hotel di ibu kota yang dipercayai menjadi tempat berlindung pelakon itu setelah gambar tersebut tersebar.

Menurut dari laporan beberapa portal hiburan, hotel tersebut merupakan lokasi ‘persembunyian’ Aliff untuk 10 malam berturut-turut bermula 13 Mei yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here