Aliff Aziz jawab apa yang berlaku dengan kesan merah di kepalanya

0
14778

Kehadiran penyanyi dan pelakon yang jadi tumpuan lensa kamera ketika ini iaitu Aliff Aziz, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk kes perceraiannya dengan Bella Astillah telah jadi tanda tanya apabila Aliff tampil dengan imej botak bersama kesan luka di kepala.

Memakai kemeja dan berseluar hitam, rakaman video yang menunjukkan Aliff Aziz berpelukan dengan bekas mentuanya selepas prosiding lafaz cerai tular di media sosial.

Dalam video berkenaan berserta fotonya di sekitar mahkamah terbabit, jelas kelihatan kesan kemerahan-merahan pada kepala penyanyi berusia 28 tahun itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai kesan merah berkenaan.

Banyak komen dari netizen yang memberi pandangan tentang kesan merah di kepalanya itu.

Ada antaranya membuat andaian kepala Aliff berkudis dan terkena penyakit kulit. Ada juga mengatakan Aliff sedang jalani rawatan kulit kepala ataunya rawatan rambut.

ALIFF AZIZ BAGI JAWAPAN

Akhirnya Aliff Aziz tampil beri penjelasan tentang kesan warna merah itu.

Aliff berkata dia sedang menjalani proses menanam rambut.

“Ini bukan sakit atau seumpamanya, tapi saya menjalani proses tanam rambut.

“Memandangkan sebelum ini saya ada masalah rambut, jadi saya baru saja buat. Jangan risau saya tak ada apa-apa. Semuanya okay,”

Semalam, Aliff Aziz telah melafazkan cerai talak satu terhadap Bella selepas memfailkan perceraian pada 21 Mac lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here