Aliff Aziz ‘kantoi’ curang lagi..? Gambar tersebar, Bella Astillah dah diberitahu

Fuh memang tak sangka. Macam tidak pernah serik, pelakon penuh kontroversi iaitu Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang. Kali ini dengan dengan seorang wanita yang agak popular di laman IG.

Namun kali ini, kecurangan Aliff Aziz bukannya didedahkan oleh Bella Astillah, tetapi gambar Aliff Aziz dipercayai dimuat naik oleh seorang gadis yang rasa amat marah apabila wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan Aliff Aziz tak mahu membayar hutang kepada abangnya.

Menerusi gambar yang tersebar melalui di laman media sosial, Aliff Aziz dilihat tidak mengenakan baju itu dilihat bersama wanita berkenaan.

Perkongsian yang dibuat seorang pengguna laman sosial yang juga mendakwa dirinya sebagai rakan kepada wanita yang dimaksudkan menjelaskan dia sangat kecewa dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Nismell, apatah lagi dengan suami orang yang mempunyai anak kecil.

Ini pendedahannya:

“Nismell takkanlah dengan laki orang pun kau nak?.

“Tak kesian ke dengan anak bini dia, malu lah sikit, kau nak jadi apa.

“Semoga Allah memberi balasan kepada kau,”

Sementara itu, wanita ini juga turut berkongsi muat naik perbualannya dengan isteri kepada Aliff, Bella Astillah.

Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah sempat berterima kasih dengan perkongsian itu, turut memuji tindakan wanita tersebut yang dilihat cuba membantu dirinya.

Dalam pada itu, Bella Astillah ketika dihubungi pihak wartawan untuk mengulas kontroversi abru yang membabitkan suaminya ini bagaimanapun hanya sempat berterima kasih kepada mereka di luar sana yang terus menyokong dirinya.

Sebelum ini, selepas kes kontroversi bersama pelakon Afifah Nasir, Aliff Aziz sekali lagi didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon wanita Oktovia Menrose tak lama sebelum ini.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here