“Allah pelihara mak aku sekeluarga dari bersubahat benda jahanam tu” – Komen sepupu Ahya Rosli

0
5217

Perkara paling panas untuk beberapa hari ini ialah perkahwinan Ahya Rosli anak kepada pelakon Normah Damanhuri.

Satu pendedahan dari sepupu Ahya Rosli dan juga Kak KM telah menjadi tumpuan ramai.

Ini komen sepupu Ahya bernama Fais Al-Hajari yang ditulis di FB:

“Sebetulnya, org yg paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.

“Sudah tentulah, org pertama yg akan di”serang” ialah dia. Bertalu² msg masuk minta penjelasan. X kurang yg melahirkan simpati. X kurang juga yg perli dan maki, seolah² mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.

“Tak kurang juga org ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu org yg sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively.

“Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, Allah mmg nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga drpd bersubahat dgn benda jahanam tu.

“Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sbb sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku je. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak. Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 ptg. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang² je la, dekat dgn pintu masuk dewan. Pengantinnya nunnn di depan.

“Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sbb nak lawat anak buah kakak aku yg masuk hospital. Memandangkan kami kat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik.

“Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 mcm tu.

“Tiba² masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia n isteri² aku, dah kedengaran havok dlm dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat² blah.

“Allah mmg pelihara kami.

“Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan?

“Apa akan jadi jika kami x perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” tu?

“Apa akan jd jika mak aku x bangun awal dr meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung?

“Bila aku kenang balik, sesungguhnya Allah nak pelihara kami. Allah pelihara mak aku drpd aib.

“Mak aku mmg sakit kepala sgt. X sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku meninggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yg dia buat.

“Alhamdulillah, Allah angkat darjat dia. Allah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. Allah izinkan satu²nya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud. Org setaman boleh xtau mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial. Allah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah² agama terutamanya kuliah Ustzh Norhafizah Musa. In one sense, dia seorg ibu yg hebat dan x pernah ajar anak² dia tenggelam dlm dunia glamour selaku “keluarga artis”.

“Aku bersyukur Allah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan x sepatutnya dia pening kerana perbuatan org lain. Dia berjaya didik anak² dia menjadi insan yg baik insya Allah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu utk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yg mawaddah.

Itulah komennya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here