Anak perempuan arwah Mr Os, kini bergelar doktor.. Sedekah semua pahala kepada abahnya

0
3470

Nampkanya, pelawak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os telah berjaya dalam memberi pendidikan yang sempurna buat anaknya.

Ini apabila anak sulungnya iaitu Syafiqa Hayra kini telah berjaya bergelar sebagai seorang doktor.

Walaupun tak ada pelajaran yang tinggi, namun Allahyarham Mr Os tetap percaya anak-anaknya mampu untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Kata anaknya, Syafiqa, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.

Ini komen Syafiqa:

“Arwah abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama. Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami. Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik. Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.

“Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun saya nampak dia sangat penat dan sakit,”

Untuk pengetahuan, Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik dari perkahwinan kedua Allahyarham Mr Os. Allahyarham turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.

Syafiqa telah menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu.

Walaupun arwah bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.

Ini niat murni dari anak Mr Os ini:

“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia. Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu.

“Itu janji saya kepada diri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa,”

Berbicara tentang pengajiannya, Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun belajar di Mesir.

Walau apa pun terjadi, berbekalkan kata semangat Allahyarham bapanya, Syafiqa tidak pernah putus ada dan teruskan pengajian.

“Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika arwah masih hidup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu. Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” 

Selain berlakon dan menajdi pelawak, Mr. Os turut menjadi pemandu teksi.

Allahyarham Mr Os meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here