Anak saman ibu bapa sebab lahirkannya ke dunia tanpa kebenaran

0
7480

Alamak lain macam berita ni, memang pelik habis. Kisah ini tentang sikap seorang anak tak sedar di untung yang bertindak menyaman ibu bapanya sendiri.

Kisah ini berlaku di India yang mana ada seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari New Delhi, telah menfailkan saman terhadap kedua-dua ibu bapanya sendiri hanya kerana mendakwa mereka berdua melahirkannya kedunia tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu.

Pemuda berkenaan yang bernama Raphael Samuel adalah seorang anti-natalism, iaitu fahaman bahawa melahirkan seseorang tanpa meminta kebenaran daripada anak yang dilahir adalah salah dari segi moral.

Menurut Samuel, dia tidak mempunyai masalah mengenai menjadi bayi atau tentang kehidupannya pendek kata dia dijaga dengan baik.

Akan tetapi dia berpendapat mana-mana nyawa yang tidak diberi pilihan sama ada untuk dilahirkan ke dunia atau sebaliknya tidak patut diatur oleh ibu bapa supaya dilahirkan kedunia.

Kanak-kanak ini jika memilih tidak dilahirkan antaranya tidak perlu berhadapan dengan kepayahan hidup. Samuel sendiri menganggap dirinya sebagai mangsa keadaan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku-liku hidup.

Ini jelas lelaki ini:

“Saya mahu memberitahu semua orang, anda tidak berhutang apa-apa dengan ibu bapa anda. Saya menyayangi ibu bapa saya dan kami mempunyai hubungan yang baik tetapi saya dilahirkan hanya untuk mereka merasa gembira kerana memiliki anak.

“Hidup saya sangat baik, tetapi saya tidak nampak kenapa saya perlu ke sekolah, mencari kerja dan sebagainya. Ia tak wujud jika saya tak dilahirkan,”

Samuel kini sedang sibuk membuat promosi gerakkannya melalui platform facebook yang kini sudahpun mempunyai pengikut sebanyak 454 orang.

Kalau kat Malaysia ni confirm popular terus dengan kecaman makcik bawang.

Sumber: Oddity Central / Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here