“Apa yang berlaku ada hikmah” – Setelah dua bulan berdiam diri, ini perkembangan terbaru Datin Elvina

0
9188

Dah dua bulan kes melibatkan pasangan ini menjadi bualan ramai.

INI KOMEN TERBARU ELVINA

Datin Elvina telah mengambil pendekatan berdiam diri mengenai krisis menyelubungi perkahwinannya. Kini pelakon ini tampil menjelaskan bahawa keadaan rumah tangganya sudah kembali pulih.

Pelakon dan ibu muda berusia 24 tahun, menyatakan dia tidak mahu untuk terus memanjangkan isu berkenaan yang disifatkan sebagai remah selain sudah memaafkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan.

Ini komen Elvina:

“Dalam sesebuah hubungan itu ada naik turunnya… Saya dan suami juga tidak terlepas dengan situasi itu namun kami sepakat untuk tidak memanjangkan kejadian itu.

“Semua orang melakukan kesalahan dan saya memilih untuk lupakan termasuk memaafkan suami dan pihak tersebut.

“Apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah dalam menguatkan lagi hubungan kami suami-isteri,”

“Apabila kami berbincang kami sedar bahawa kepercayaan dan komunikasi itu adalah sangat penting… Dari situ kita perbaiki dan Alhamdulillah apabila meluahkan isi hati masing-masing keadaan kembali pulih.

“Selepas ini tiada lagi rahsia, komunikasi dan berbincang sekiranya ada masalah adalah penting dalam menjayakan sesebuah perkahwinan,”

Elvina ditemui pada majlis Aqiqah anak pertama mereka, Karl Mateen yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat.

KOMEN SUAMINYA

Datuk Hanif pula memberitahu dia tidak salah kan Elvina kerana hal berkenaan.

Pun begitu katanya, sebelum berkahwin dengan Elvina lagi dia sudah bersedia dengan situasi seperti ini kerana sedar isterinya seorang selebriti.

“Sebenarnya kontroversi ini tidak ada apa pun… Ia menjadi besar kerana status Elvina sebagai seorang selebriti.

“Mungkin ketika itu Elvina dalam keadaan emosi, mungkin kalau dia tidak mendedahkan perkara itu di media sosial ia tidak akan jadi besar begini.

“Apa-apa pun semuanya sudah selesai dengan baik, apa yang orang ingin cakap tentang saya atau Elvina terpulanglah kerana bukan semua menyukai kita,”

Elvina dan Haniff disatukan sebagai suami-isteri pada 18 Mac tahun lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Pada Disember tahun lalu, Elvina yang sedang dalam berpantang mendedahkan ada pihak ketiga cuba menggangu keharmonian rumah tangga mereka namun tuduhan itu dinafikan oleh wanita berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here