Award tak janjikan gaji tinggi, tak janjikan job – Respon Noorkhiriah Kepada Jalil Hamid

0
7662

Selebriti veteran Jalil Hamid ada meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kadar bayaran yang rendah ditawarkan oleh sebuah produksi tempatan kepada dirinya. Sebagai watak utama, beliau hanya diberikan RM1500 sahaja, jumlah yang amat kecil untuk pelakon hebat sepertinya.

Walaupun Jalil Hamid pernah anugerah kerana lakonan yang mantap, ianya tidak mampu membuka mata pembikin filem atau drama untuk menawarkan gaji yang lebih setimpal.

Jalil Hamid menerusi akaun Instagram rasminya memberitahu tawaran untuk dia memegang peranan utama yang memerlukan dirinya menjayakan 12 babak daripada 16 babak secara keseluruhannya. Dia kecewa apabila produksi itu hanya memperuntukkan bayaran sebanyak RM1500 sahaja buat penglibatannya itu.

Sementara itu, seorang lagi pelakon hebat iaitu Noorkhiriah turut dapat rasa situasi yang sama dengan Jalil Hamid satu ketika dahulu. Dia juga menyifatkan sebarang anugerah yang prnah diterimanya sebelum ini tidak memberi nilai buat karier seninya.

Ini komen pelakon drama Nur ini:

Berat mata mandang berat lagi bahu mikul, bertabahlah abg Jalil..saya faham apa yang abg rasa, namun saya tak kuat tuk luahkan semua..saya sendiri adalah beberapa award namun tetap terima nasib sama macam abg.. award tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi even job pun bg.. andai kita dah tak diperlukan lagi.. award tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang 1 masa dulu..bg..industry tak pandang jerih perit kita..industry kini..andai kau muda, cantik boleh jual, kontrovesi berbakul..yes..itu yang dibayar mahal, job bersusun..bakat tolak tepi..namun Alhamdulillah saya dah leh terima semua ni sebab semua akan merasa..jangan risau,jangan sedih ye bg..katakan pada hati..award tak menjanjikan apa2..even nak buat batu nisan pun tak LAKU..maka bertabah dan sabar..Abg Jalil Hamid insan seni hebat dimata saya..salah silap pada penulisan ini saya mohon maaf..takleh tulis panjang satgi netizen kecam..apapun Alhamdulillah terima kasih pada kehidupan saya yang dulu kerana menjadikan saya pemenang satu masa dulu..sekarang saya adalah sorang penjual #jusbidandara..Alhamdulillah..sayalah kuli, sayalah BOSS.

Sememangnya Noorkhiriah seorang pelakon yang amat hebat dan dapat menjiwai watak dengan baik, bagi saja apa watak, semua dia dapat buat. Yang lawak, yang sedih yang pemarah, semua Noorkhiriah dapat lakonkan dengan begitu baik.

Sumber: Noorkhiriah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here