“Bayi saya tak aktif” – Bekas isteri Pu Abu tertekan, kandungan terkesan

0
1638

Ini sedikit perkembangan tentang bekas isteri ustaz selebriti PU Abu, Ain ‘Afini Latif meluahkan rasa sedih selepas anak di dalam kandungannya dilaporkan kurang aktif akibat daripada tekanan yang dialami sepanjang kes perceraiannya berlangsung.

Ain Afini memberitahu, dia telah buat pemeriksaan kandungan beberapa minggu lalu dan amat terkejut apabila dari laporan oleh pihak doktor yang mendedahkan bahawa bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif.

Ini pendedahan dari Ain Afini:

“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif.

“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,”

Melalui proses yang sukar sepanjang kontroversi antara dia dan suami berlaku, jelas Ain dia merasakan ada hikmah baik yang akan datang kepadanya tidak lama lagi.

Ini jelasnya lagi:

“Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang.

“Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini,”

PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, sebelum ini menjadi buah mulut orang ramai apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik.

Untuk pengetahuan, pada mulanya, mahkamah telah memutuskan bahawa hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri. Akan tetapi keputusan berkenaan ditukar selepas PU Abu mengemukakan maklumat tambahan pada sebelah petang.

Mereka berdua kini sah bercerai dengan talak dua.

Semoga Ain Afini tabah hadapi dugaan dunia ini dan terus kuat untuk melahirkan anaknya kelak.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here