“Belum kahwin dah laga-laga hidung, best jadi janda”

Sempena hari kekasih sedunia yang lalu, Fasha Sandha ada muatnaik video bersama tunangnya, pelakon Aidil Aziz.

Memang jadi kebiasaan kalau Valentine Day orang akan muatnaik foto atau video bersama orang yang tercinta untuk mengenang nya.

Akan tetapi video berkenaan menjadi bualan para follower nya dan terus dikritik. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fasha dan Aidil dikecam kerana posting di laman media sosial, malah sebelum ini pun Fasha dikecam teruk apabila dia memuat naik gambar sedang dilambung oleh Aidil.

Video yang telah dikongsikan oleh Fasha Sanda di Instagram menjadi perhatian ramai dan telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Ramai yang berpendapat wajah Fasha dan Aidil terlalu rapat sehingga laga-laga hidung walhal mereka belum ada ikatan yang sah.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dengan mengatakan mereka baru saja bertunang tetapi seolah pasangan suami isteri.

Ini antara komen panas netizen:

asr.93: “Masyarakat marah bila kami pandang serong pada janda. Tapi janda jenis ni takda maruah. Depan kamera pun berlaga hidung. Belakang kamera apatah lagi. Mana boleh ditegur golongan-golongan ni. Shame on you.

auzaie20: “Dh perasan diri tu muda lagi lps tu buat perangai tunjuk la sikit contoh terbaik utk org yg baru nk mengenali dunia ni oit

grny99: “Makin tua makin menjadi- jadi sptutnya mkin tua makin baik @fashasandha . Hm, ustz prnh kata, ni sbb umur yg xberkat. Xnk kata lbih2 tkot nnti tuhan balikkn jd dekat kita. Hrp @fashasandha pkir2 kn lah

Tidak kurang juga, ada netizen membuat spekulasi bahawa mereka sudah pun bernikah. Namun, ada yang mempersoalkan dakwaan tersebut dengan mengatakan jika benar mereka sudah bernikah kenapa perlu dirahsiakan kerana ia boleh mengundang fitnah.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan teguran secara baik dengan menasihati Fasha agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan sebelum bergelar isteri kepada Aidil Aziz.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh netizen hanyalah sekadar peringatan dan rasa sayang pada artis kesayangan mereka. Maklumlah, Fasha Sandha antara artis dan pelakon yang hebat di Malaysia ni, memang lah ramai peminat.

Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah bertunang pada bulan November 2018 dan pasangan sama cantik sama padan ini dijangka akan bernikah dalam masa terdekat. Khabarnya mereka berdua akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here