Bertudung Tapi Pakai Skirt Dan Stokin, Instafamous Ini Dikecam

0
24305

Zaman ini, dalam dunia yang semakin moden, fesyen juga semakin berubah. Fesyen sentiasa akan berubah mengikut zaman dan boleh dikatakan ianya turut memainkan peranan sejajar dengan peredaran zaman.

Dengan fesyen seseorang itu boleh tampil berkeyakinan tinggi dan lebih menyerlah di samping memberi impak pandangan pertama. Namun kadangkala, jika ianya keterlaluan, seseorag itu boleh jadi mangsa fesyen.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang bergelar instafamous. Baru-baru ini, beberapa keping foto telah tersebar di media sosial apabila seorang model tampil berhijab, namun gaya fesyennya itu menjadi buah mulut orang ramai.

Tampil mengenakan skirt berona hijau muda paras peha, namun bahagian kakinya mulai jadi perhatian apabila dia memakai stokin berwarna sama dengan warna kulit (skin socks). Model foto berkenaan dikatakan bernama Rafidah dan telah memuat naik gambarnya itu di akaun Instagram.

Susulan itu, netizen telah memberi pandangan masing-masing dan meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut. Rata-rata kurang setuju dengan cara pemakaian Rafidah dan mengkritik fesyen berkenaan yang dikatakan tidak sesuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here