BN Menang Di Cameron Highlands

0
2626

Ini berita terkini tentang pilihan raya kecil di Cameron Highlands.

Secara rasminya, Barisan Nasional (BN) telah berjaya menang sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN iaitu Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran mendapat 8,800 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Sallehudin Abdul Talib mendapat 314 undi manakala seorang lagi, Wong Seng Yee menerima 276 undi.

Pada Pilihan Raya Kecil kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah.

Ini apabila didapati adanya berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu pada ketika itu.

Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi.

Ketik itu, Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi, Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

PRK ini adalah yang kelima selepas PRU Ke-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah membabitkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

Sumber: UTUSAN / HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here