“BTS sudah menakluk dunia dan jelajah negara besar..” – Ramli Sarip

Ekoran isu artis Korea, BTS yang sedang dalam perancangan untuk dijemput ke Malaysia, penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip tampil memebri pandangannya.

Ini komennya:

“Perkara ini ada pro dan kontranya. Kalau dalam TV boleh disiarkan mengenai artis K-Pop, sama juga kalau dibuat di sini cuma bezanya ini lebih fizikal.

“Ada juga persembahan yang kadang-kadang kena ada garis panduan. Saya sebenarnya tidak banyak komen mengenai isu ini.

“Kalau saya cakap tidak suka, hal ini masih berkaitan mengenai muzik dan seni. Kalau saya cakap saya suka, nanti ada yang mempertikaikan kenapa pada usia sekarang, saya masih menggalakkan perkara sebegini?

“Bagi saya, saya sangat terbuka mengenai hal ini dan terpulang jika tidak berlaku pelanggaran garis panduan yang munasabah, saya sokong. Kalau persembahan itu mencolok mata, barulah kena fikirlah mengenai undang-undang.

“BTS sudah menakluk dunia dan menjelajah negara besar termasuk China, Amerika Syarikat (AS) dan kita tidak boleh samakan mereka dengan artis tempatan. Sejujurnya, persembahan kita boleh sampai tak sebagaimana mereka lakukan dan ada tak orang nak tengok?

“Kumpulan itu bekerja terlalu keras, malah produksi mereka sangat profesional hingga acara anugerah berprestij di AS pun menjemput mereka. Pasti ada yang sangat istimewa mengenai BTS dan itu realiti perlu diterima.

“Nak komen biar ada alasan yang sangat kukuh. Kalau saya cakap tidak suka sesuatu muzik, bukan bermakna anti muzik berkenaan dan kena terima hakikat ramai yang lain sukakannya.

“Kalau muzik K-Pop diberi ruang yang logik dan tidak bercanggah dengan garis panduan diberikan, tiada masalah. Kalaulah persembahan itu melanggar hak asasi atau budaya tempatan, barulah tak kena.”

Itulah pandangan peribadi dari Ramli Sarip.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here