Budak lelaki 8 tahun hilang selepas keluar bermain, baca kisahnya.. Sila ambil perhatian!!

0
3446

Budak lelaki berusia 8 tahun telah hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra petang Isnin.

Kanak-kanak berkenaan bernama Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi (8 tahun).

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira 8 pagi Isnin.

Ibu mangsa iaitu Sainih Sunding berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah dan keluar untuk bermain dengan rakan.

KOMEN IBU

Ini komen ibunya:

“Saya sedar kehilangannya selepas dia tiada di tempat bermain dan sekitar kawasan sekitar rumah bila saya pulang ke rumah dari tempat kerja”

“Saya amat bimbang dengan keselamatan anak saya kerana dia tidak pernah tidak pulang ke rumah,” 

“Saya sudah mencarinya di lokasi sekitar Bandar Seri Putra, namun masih belum menemuinya. Kali terakhir dia dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru,”

Sainih berkata jiran memaklumkannya yang Muhammad Zahiruddin Putra telah ke kedai berhampiran pada waktu tengah hari dan kali terakhir dilihat bermain dengan rakan di sekitar kawasan kejiranan itu.

Katanya Muhammad Zahiruddin kali terakhir dilihat memakai baju kemeja T berwarna hitam dan seluar panjang berwarna biru.

KOMEN AYAH

Ayah kepada kanak-kanak yang hilang memohon orang ramai untuk membantu mencari anaknya itu, Katanya anakya itu seorang yang amat baik dan patuh.

Ini pula komen dari ayah:

“Saya juga minta kawan-kawan dan saudara-mara tolong cari. Lepas tu saya buat laporan polis sekitar jam 12 malam semalam. Saya hanya nak anak saya ditemui semula”

“Dia seorang anak yang baik, memang tak pernah buat sebarang masalah kepada kami sekeluarga.

“Saya tak minta apa-apa cuma harap sangat anak saya dapat ditemui semula, itu sahaja”

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin Putra diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Semoga Mohd Zahiruddin Putra dijumpai dalam keadaan baik.

Sumber: mStar / Metro / Sinar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here