Buka Tudung Kemudian Bagi Alasan Iman Tak Kuat.. Ini Komen Pedas UAI

0
34144

Berbicara tentang isu wanita yang kembali buka tudung semakin panas dan jadi perbualan ramai. Ini apabila ada artis yang kembali membuka hijab walaupun sudah lama memakai tudung.

Memang ramai juga artis yang kembali membuka tudung sejak kebelakangan ini, antara nya sudah tentu nama Emma Maembong, dan Fathia Latiff yang merupakan artis yang dilihat ada membuka tudung.

Emma kini sudah membuat kenyataan terbuka dirinya sudah tidak lagi bertudung di public.

Sebelum ini, ada juga beberapa artis lain yang membuka tudung seperti Uqasha Senrose, Sara Ali dan juga Nina Iskandar.

Bagi para pendakwah dan ustaz, keadaan ini dilihat adalah amat tidak baik dan menjadi contoh terkebelakang yang mana perubahan dari baik menjadi perbuatan yang tidak baik.

Sebenarnya, impak perbuatan artis amatlah besar di kalangan orang muda di negara ini yang rata-rata meminati pelakon di Malaysia dan menjadi kan mereka sebagai idola dan ikutan.

Sudah tentu perbuatan yang tidak baik ini memberi kesan yang negatif di kalangan masyarakat terutama remaja dan orang muda yang mudah terpengaruh.

Pendakwah bebas yang amat popular di tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus atau[un lebih mesra di sapa UAI, dilihat telah memberi komen tentang hal ini.

Setelah ditanay di satu majlis ilmu tentang isu ini, UAI telah memberi sedikit ulasan.

Ini videonya:

Antara komen UAI ialah janganlah jadikan artis sebagai ikutan terutama mereka yang melanggar perintah Tuhan.

MAlah UAI juga mengatakan apabila seseorang itu membuka tudung dia sudah tiada iman dan tidak percayakan kepada Allah kerana Allah yang memerintahkan seseorang wanita itu untuk memakai tudung dan menutup aurat.

Walaupun, ayat pedas yang digunakan oleh UAI, tetapi ianya adalah perkara yang sebenarnya yang harus diketahui orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here