“Bukan semua bercinta selepas kahwin itu indah” – Isteri Dedah Dua Tahun Dipukul Suami

Ini satu perkongsian dari seorang wanita yang menajdi viral. Ianya merupakan kisah domestik, masalah rumah tangga. Si isteri dikatakan telah dipukul oleh suaminya selama hampir dua tahun berkahwin.

Ini perkongsiannya:

Dalam tempoh dua tahun perkahwinan telah banyak aku sembunyikan kisah, sehingga apabila kisah ini terbongkar ramai yang terkejut. Sebab itu bukan semua pepatah, bercinta selepas kahwin itu indah dan benar juga pepatah orang tua, nak memilih pasangan hidup itu biarlah betul-betul.

Mungkin kerana terlalu frust bercinta, aku buat keputusan untuk terima suami. Selepas berkahwin, aku berhenti kerja dan ikut suami tinggal di Klang. Naik bas seorang diri ke Klang dan hanya disambut suami dengan rumah sewa yang kosong, yang ada hanyalah bantal dan tilam sahaja. Tapi aku tetap okey. Suami pergi kerja, aku cat rumah seorang diri. Cat itu aku beli dengan gunakan duit hantaran kahwin.

Sebulan selepas berkahwin, keluarga suami datang melawat. Sebagai isteri perlulah untuk aku memasak. Bila dah beli macam-macam, tiba-tiba mentua aku dah mula perli masakan aku sedikit sangat. Tapi apabila semua yang dilakukan di mata mentua ada sahaja tidak kena, aku pula disalahkan sebab terlalu sensetif. Aku merajuk dan bawa diri pulang ke kampung, itu pun kebetulan aku ada urusan di kampung. Selesai urusan, aku balik ke Klang dan terus mencari kerja.

Dalam sembilan bulan mengandungkan Aisy (anaknya), aku tetap bersabar menjalani hari. Alhamdulillah, selepas empat bulan bekerja aku dapat beli kereta. Bertitik tolak daripada situ, ada yang dah mula berkata, “Tu nampak orang senang, dia pun nak senang jugak!” sedangkan mereka tak tahu, kereta itulah hasil titik peluh aku.

Selepas sembilan bulan, lahirlah anugerah terindah buat aku Muhammad Aisy Mirza. Pada ketika itu, bermulalah sengketa antara keluarga. Aku berpantang di rumah mak aku, biasalah anak pertama. Pada mulanya ayah dan mak mentua aku hendak tengok cucu, aku benarkan mereka bawa Aisy balik rumah mereka. Mereka ambil Aisy dalam keadaan pakaian elok, tapi dihantar kepada aku dalam keadaan tangis tanpa sehelai kain atas tubuh Aisy.

Keluarga mentua dah mula cakap-cakap fasal aku tak izinkan mereka tengok cucu. Aku dah kata, kalau nak jumpa cucu datanglah rumah mak aku sebab Aisy masih kecil lagi. Suatu hari keluarga mentua komen gambar Aisy di media sosial aku, mereka kata, “Anak dengan bapak sama je… nak pisahkan cucu dari Tok Nenek.” Aku terus WhatsApp ayah mentua yang mulanya aku panggil abah. Tapi bila ayah mentua dah mula cakap “aku-mu” dan kata aku dari baka bodoh, dari situ aku dah mula hilang hormat sehingga aku gaduh seperti musuh! Selepas daripada kejadian itu, aku tak pernah jejak kaki di rumah mentua aku.

Sejak kejadian itu, aku dan suami kerap juga bergaduh. Nampak senang sikit, mula ada yang cuba laga-lagakan kami dan kami akan bergaduh kemudian baik balik. Tak pernah senang. Suami aku pula cemburu tak bertempat, dia fitnah aku zina dengan orang lain di tempat kerja sampai dapat Aisy. Kalau aku zina, kenapa muka Aisy copypaste muka kau? Dan kalau dia bukan anak kau, kenapa keluarga kau beria-ia nak rebut Aisy? Sedangkan masa kerja, kalau aku pergi bank aku mesti keluar dengan kau, balik kerja on time. Tiba-tiba pula kau cakap, aku tak masak untuk kau. Habis selama ini yang masakkan bekal untuk kau bawa pergi kerja, siapa?

Kau cakap yang aku kuang ajar dengan kau. Kalau aku betul takkan aku nak diam. Kalau aku tak berzina, takkan aku nak diam. Sampai satu tahap bergaduh, kau ambil pisau nak sembelih Aisy, sebab dia penyebab menantu dan mertua gaduh… saat itu Tuhan je yang tahu, aku terus peluk Aisy dan aku menangis, aku mampu cakap sebelum kau nak bunuh anak aku, kau bunuh aku dulu. Saat itu kau terus sedar dan buang pisau kat bawah kerusi. Aku diam dan tak buat laporan polis, sebab aku fikir mungkin sebab kau baran dan tak sabar.

Setiap kali bergaduh, semua isu nak dibangkitkan. Sejak dari kau berani naik tangan, aku dah mula simpan dendam. Aku menyesal bagi peluang kedua pada kau. Bila anak buat silap, nakal sikit kau akan pulas jari Aisy sampai dia menangis, kau maki dia dengan perkataan kasar. Pernah sekali Aisy main kipas dan jatuh, kau gigit dia sampai berkesan.

Banyak yang sudah aku korbankan, tetapi apa yang aku korbankan hanyalah sia-sia sahaja. Dan sekali lagi, kau pukul aku sehingga patah hidung aku. Saat itu aku nekad untuk buat report polis. Kalau diikutkan malam itu kau dah lingkup dalam lokap dan kerja entah ke mana. Tapi aku ada ihsan dan masih fikir kalau kau buang kerja, kau nak kerja apa. Ada ke kau fikir fasal aku?

Aku hanya buat report polis untuk cover diri aku. Selepas dari hari itu, aku tunggu keluarga aku datang. Aku pegi klinik, tapi klinik minta aku pergi hospital sebab ada pendarahan di mata. Bila x-Ray hidung aku patah. Pada hari yang sama aku dapat rumah lain. Dalam masa satu hari aku angkut semua barang kat rumah, tapi bila aku angkut semua barang aku, kau tak benarkan dan kata aku

Walau apa yang berlaku, aku tetap dengan pendirian aku. Aku tetap akan berjalan solo bersama insan tercinta Muhammad Aisy Mirza. Aisy kekuatan ibu. Aisy cahaya buat ibu. Insya-Allah selagi ibu sihat bernafas lagi bernyawa, ibu tak akan abaikan adik.

Nasib kau dapat famliy aku yang sentiasa layan kau seperti tetamu. Kalau di tempat orang lain, mungkin kau dah ditumbuk. Sekali lagi kau ganggu aku, aku tak teragak-agak untuk report polis. Sekarang sabar aku sudah hilang, semakin hari semakin Allah tunjuk perangai sebenar kau.

Terima kasih tulang belakangku, tanpa korang mungkin aku dah tak ada di klang. Bukan niat aku untuk aibkan sesiapa, tapi semakin aku senyap, makin banyak cerita yang aku dengar. Dekat sebulan aku menyepi dan mencari kekuatan sendiri.

Dalam suke ada duka… Mungkin dlm masa 2tahun nie aku bnyk smbunyikn… Sampai dh jd mcm nie org terkejut… Bukan…

Posted by Nurul T-yah Lavender on Monday, 8 October 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here