Cara Buat Popia Basah.. Jom Cuba!!

Step By Step, cara untuk buat kuih yang amat popular di Malaysia iaitu POPIA BASAH

Memang kegemaran ramai kuih popia basah ini. nak buat pun senang je.

Ada empat bahagian iaitu KULIT, SOS, INTI dan BAHAN TABUR

Ini merupakan senarai bahan untuk buat kulit Popia.

BAHAN KULIT POPIA:
-2 cawan tepung gandum
-1 biji telur putih
-3/4 cawan air
-2 sudu cuka
-Garam sedikit

CARA BUAT KULIT POPIA:
-Semua bahan di atas dimasukkan kedalam satu mangku dan digaul sehingga sebati. Nak gaul gunakan tangan pun boleh tapi saya selalu gunakan sudu.
-Apabila adunan jadi pekat, boleh tambah sedikit air ke dalam mangkuk berkenaan. Tutup mangkuk tersebut dan buarkan diperap selama 30 minit.
-Selepas 30 minit diperap, panaskan kuali leper atau non stick pan. Kemudian ambil sedikit adunan dan letak di atas kuali dengan nipis
-Biarkan kulit itu seketika dan kemudian angkat perlahan-lahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga adunan habis.
-Kulit popia ni bole letak bertindan / berlapis kerana tidak melekat.

Kemudian ini pula cara untuk buat sos popia basah.

BAHAN NAK BUAT SOS POPIA:
-10 cili kering
-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-2 sudu gula perang
-1 sudu gula pasir
-1 sudu kicap manis
-Minyak menumis

CARA BUAT SOS POPIA:
-Cili kering dibuang biji, rebus dan toskan. Kemudian cili dikisar dengan 1 cawan air. Kisarkannya sampai halus.
-Kisar pula kedua-dua bawang besar dan bawang putih hingga halus.
-Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga bau mula naik.
-Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
-Masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis.
-Masak sehingga pekat dengan api kecil dan slow.
-Tambah garam secukupnya.

BAHAN INTI POPIA:
-Sengkuang
-Tauge
-1/2 biji kubis
-1 batang karot
-Udang
-1/2 bawang besar
-2 bawang putih
-Garam Secukup rasa
-Minyak menumis

CARA BUAT INTI:
-Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga keluar bau wangi kemudian masukkan udang.
-Jangan lupa guna api sederhana dan jangan teralu besar. Masukkn sayur kubis dan juga karot. Masakkannya.
-Masukkan tauge, sengkuang, dan garam. Kacau sebati dan letak garam secukup rasa.
-Bahan di masak sekejap sahaja.

BAHAN UNTUK TABUR:
-Kacang tanah di sangai, buang kulit dan tumbuk
-Udang geragau kering, di sangai dan tumbuk halus.
-Bawang goreng

CARA SEDIAKAN POPIA BASAH:
-Sediakan kulit popia dan sapukn sos sedikit, kemudian masukkan intinya.
-Gulung kulit dan inti dengan kemas.
-Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur.

Maka siaplah makanan yang sedap ini. Dapat amkan petang-petang denagn air teh panas fuh memang best. Jangan lupa try nanti, mudah dan sedap.

Sumber oleh: Ziela Lewis‎

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here