Dah 5 Tahun Kahwin Tapi Belum Ada Anak, Ini Penjelasan Jue Aziz

0
12072

Pelakon cantik manis Jue Aziz sudah 5 tahun berkahwin namun dia masih belum dikurniakan anak. Namun jue Aziz berkata dia langusng tidak terkilan apabila usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak membuahkan hasil. Kata Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 35, dia menyerahkan segala perancangan tentang rezeki kepada Allah.

Menerusi satu kenyataan kepada portal Gempak, Jue Aziz temapil menjelaskan hal sebenar.

“Kehidupan peribadi bersama keluarga Alhamdulillah. Banyak cara saya sudah cuba untuk mendapatkan zuria tetapi belum sampai masanya lagi. Kalau dulu saya beriya-iya usaha untuk mendapatkan anak tetapi sampai satu tahap saya relaks dahulu. Sebab saya percaya perancangan Allah, mungkin belum sampai masanya lagi. Kalau ada rezeki, adalah. Berserah saja,”

Tentang puncanya, Jue Aziz memberitahu dia telah membuat pemeriksaan kesihatan dan kesuburan sebelum ini dan menyatakan dia tiada masalah untuk hamil. Katanya mungkin faktor lain punca dirinya masih belum hamil termasuk sibuk dengan kerja.

“Setakat ini saya tiada masalah untuk hamil. Mungkin kerana tekanan kerja dan bisnes memandangkan semuanya saya usahakan sendiri”

Tak apalah Jue Aziz, mungkin belum ada rezeki lagi, semuanya dah ditentukan tuhan. Semoga segela urusan dipermudahkan buat Jue Aziz.

Untuk pengetahuan, Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada tarikh 9 Mac 2014.

Dalam perkembangan kerjaya seninya, Jue Aziz bakal membintangi filem amal berdialek Kelantan berjudul Meigho.

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here