“Dah tak tahan, saya tiada daya lagi” – Ras Adiba menangis kesakitan

Satu luahan hati dari personaliti televisyen Ras Adiba Radzi tentang keadaan dirinya membuatkan ramai tersentuh hati.

Di laman IG miliknya, Ras Adiba ada berkongsi tentang perkembangan terbaru mengenai masalah kesihatan membabitkan tulang yang ditanggungnya selama ini.

Ianya lantas mengundang sebak para netizen yang membacanya.

Ras Adiba mendedahkan dia menangis akan tanpa henti kerana gagal menanggung kesakitan itu yang dialaminya itu. Luahan ini dibuat pada awal pagi Rabu.

Baca nukilan hati Ras Adiba yang kini sudah berumur 51 tahun:

“Akhirnya. Dia tiba pada awal pagi. Leher, belakang dan tangan saya rebah kesakitan dan kejang. Kesakitan yang teramat.

“Tangisan dan esak saya tanpa henti, sakit saya tidak terperi. Tulang C3, C4 dan C5 saya sudah retak dan pecah.

“Sudah tiada tertahan lagi. saya tiada daya lagi,”

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan agar Ras diberikan kekuatan dan cepat sembuh.

Ini antara komen netizen diruangan komen:

“Bertahan Dib. saya tahu ia mudah untuk dikatakan daripada dilakukan. Tapi Allah tak akan menguji hambaNya lebih daripada yang mampu ditanggungnya. Doa saya sentiasa untuk awak.

“Semoga Allah meringankan kesakitan dan memberikan kesembuhan buat kak @rasadibaradzi yang tersayang. Banyakan bersabar ya akak.

“Ya Allah… Ringan dan sembuhkanlah kesakitan adikku Ras adiba Radzi,”

Untuk rekod kecederaan tulang belakangnya yang dialami oleh Ras Adiba berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 1996.

Akibat itu, Ras Adiba telah disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002.

Ras Adiba radzi kini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali di Masjid Jamel Al-Khadijah Kuala Lumpur pada tarikh 16 Mac yang lalu.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here