Dakwaan Cemburu, Enggan Kerja Dengan Zahirah Macwilson, Ini Penjelasan Rita Rudaini

0
6557

Rita Rudaini akui berasa amat terkejut dan terkilan apabila ada dakwaaan mengatakan kononnya cemburukan pelakon cantik jelita iaitu Zahirah Macwilson.

Pelakon berumur 42 tahun ini memberitahu bahawa dia amat terkejut apabila telah difitnah sebegitu rupa apabila dituduh tak mahu bekerjasama dengan Zahirah macwilson di satu acara anugerah, sedangkan dirinya tidak pernah mengenali pelakon terbabit secara dekat.

Ini komen Rita Rudaini:

“Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut.

“Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat”

Rita dengan tegas menyatakan dia bukanlah artis yang suka mencari publisiti menerusi khabar angin merapu dan berasa amat pelik dengan sikap sesetengah individu yang suka menyebarkan cerita tak betul seperti ini.

Ini jelasnya lagi:

“Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

“Saya tidak mahu hidup dengan cerita kontroversi atau tak masuk akal. Mungkin sesetengah artis perlukan publisiti sebegitu, tetapi bukan saya. Sejak awal saya berlakon, niat saya cuma satu iaitu mahu mencari rezeki”

“Isu sebegini hanya akan menimbulkan salah faham pada Zahirah yang tidak tahu cerita sebenar. Apa pun, saya harap ia tidak lagi dibangkitkan dan tiada lagi khabar angin mengarut seperti ini”

Itulah komen dari Rita Rudaini. Diharapkan dengan penjelasan ini, isu berkenaan tak diungkit lagi untuk mengelakkan namanya dan Zahirah terjejas dan di salah erti oleh pihak di luar sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here