Datuk Farid Kamil rayu tangguh hukuman penjara

0
1864

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil Zahari, hari ini telah memfailkan rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang diperintahkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Rabu lalu.

Peguam Farid Kamil iaitu Megat Syazlee Mokhtarom, berkata pihaknya memfailkan rayuan berkenaan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ini komen peguam:

“Dalam notis rayuan itu, pihak kami turut menyertakan perakuan segera supaya dapat didengar dengan secepat mungkin.

“Kami berharap, mahkamah akan mendengar rayuan itu sebelum cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri,”

Menerusi notis lain, wakil peguam terbabit juga mengemukakan rayuan bagi hukuman sembilan bulan penjara dan pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Sebelum itu, Farid Kamil yang kini berumur 38 tahun, telah dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan mengguna bahan terlarang tahun lalu.

Dalam prosiding yang berlangsung pada hari Rabu lepas, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Oleh itu, Farid yang juga bapa kepada dua cahaya mata dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara berkenaan diperintah bermula tarikh sabitan, iaitu pada hari sama.

Sementara itu, ditanya mengenai keadaan aktor terbabit, kata Megat, daripada lawatan keluarganya, dia dikatakan dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah. Saya dimaklumkan Farid sihat. Dia juga dalam keadaan tenang. Apa pun, pihak kami selaku peguamnya akan berusaha sebaik mungkin membantunya,”

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here