Datuk Seri Najib Ditahan Dalam Lokap, Ini Luahan Hati Anak-Anak

0
10836

Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, pada petang Rabu kerana kes melibatkan kemasukkan dana RM2.6 bilion kedalam akaun peribadinya.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, bekas perdana menteri itu ditahan pada pukul 4.13 petang Rabu di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya. Datuk Seri Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, jam 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Perkara ini sudah semestinya mengundang kesedihan buat keluarganya, terutama anak-anak Datuk Seri Najib.

Anak bongsu Najib, Norashman menerusi laman sosial meluahkan emosinya di saat dia setia menunggu bapa kesayangannya yang sedang ditahan ketika ini.

“Saya duduk di sini di luar tempat penahanan ayah saya dipenuhi dengan kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan kesusahan yang kamu hadapi di dalam sana. Saya berdoa kamu diberi layanan yang adil dan untuk undang-undang Malaysia perlu ditegakkan. Tidak sabar untuk membawa kamu ke tempat kegemaran yong tau foo bila kamu dibebaskan ayah,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa turut mengundang hiba netizen menerusi perkongsiannya yang menyayat hati.

“Daddy sebelum saya tidur, saya menghantar gambar saya dan Adam (cucu Najib) mendoakan yang terbaik dalam perjumpaan kamu di SPRM pada pukul 3 petang (waktu Malaysia). Kamu tidak membaca atau membalas mesej saya dan kemudian pada pukul 5 pagi, Ashman menghubungi saya untuk memaklumkan mereka telah menahan kamu, sekali lagi. Ia menyakitkan kerana saya berada di seberang dunia dan tidak di sana di sisimu…. tetapi kamu sentiasa menegaskan bahawa jangan melepaskan (pengajian) Harvard, tanpa mengira betapa sukarnya keadaan yang berlaku”

Nooryana Najwa yang menyatakan sukar untuk tidur kerana terlalu memikirkan keadaan bapanya, ibu Datin Seri Rosmah Mansor dan Norashman, mendoakan kesejahteraan Najib yang bakal dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.

Pada petang Rabu, Najib ditahan oleh SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Datuk Seri Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here