“Dia belum dapat susun ayat dengan baik, dia frust dan mengamuk” – anak sulung Lisa Surihani mengamuk

0
5987

Bagi ibu bapa, anak merupakan permata hati dan menyeri rumah tangga. Akan tetapi kadangkala kalau berdepan dengan situasi anak mengamuk, ianya boleh menjadi sesuatu yang amat mencabar buat ibu bapa.

Ini terutamanya untuk kanak-kanak dalam lingkungan lima tahun ke bawah kerana mereka masih belum boleh berkomunikasi dengan baik.

Kalau perkara ini tak ditangani dengan cara yang betul ia sebenarnya mampu memberi kesan kepada kanak-kanak termasuk personaliti mereka apabila kehendak dan kemahuan mereka tidak didengari.

Temper tantrum atau sindrom mengamuk itu sebenarnya salah satu bentuk komunikasi kepada orang yang lebih dewasa daripada mereka.

Pelakon popular, Lisa Surihani ada cara tersendiri untuk menangani sikap anak-anaknya yang kadangkala akan mengamuk.

Kata isteri kepada Yusry Abdul Halim ini, Lisa Surihani yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 18 bulan pernah mengalami situasi sama.

Anak perempuannya, Yahaira menunjukkan simptom ‘throw a tantrum’ ketika usianya menginjak dua tahun kerana ketika itu kanak-kanak itu belum mampu menyusun ayat dengan baik bagi memberitahu kemahuannya sehingga membuatkan dia kecewa dan mengamuk.

“Dia cuba berkomunikasi tetapi gagal kerana masih belum dapat menyusun ayatnya dengan baik dan mungkin disebabkan itu dia frust dan mengamuk.”

“Pada awalnya memang sukar dan tidak tahu juga bagaimana hendak berhadapan dengan situasi itu tetapi lama-kelamaan saya mula memahami mengapa dia berkelakuan begitu dan cara mengatasinya”
-itulah pendedahan dari Lisa Surihani.

Dalam menangani perkara ini, Lisa Surihani telah berkongsi lima tip setiap kali dia berhadapan situasi anaknya mengamuk, ini cara-caranya:

1. Biarkan dia melepaskan kemarahan dan sebagai ibu bapa perlu memberinya ruang untuk bertenang

2. Cuba memujuk apabila anak berhenti menangis

3. Fahami kehendak atau punca anak melepaskan kemarahan dengan bertanyakan soalan

4. Berikan pelukan dan belaian sebagai cara menenangkan mereka

5. Berikan kata-kata pujian kepada anak jika mereka berjaya bertenang dan memberitahu apa yang dimahukan

Jadi, kepada ibu bapa semua boleh lah ikut cara Lisa Surihani ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here