Digelar “perampas di sebalik niqab”.. Isteri baru PU Abu kena serang netizen, ada nak boikot produknya

0
22090

Isu panas melibatkan rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus berlarutan. Setelah kisahnya diceritakan oleh bekas isteri yang dicerai ketika hamil, ramai netizen amat marah.

Dari laporan portal mStar, kini ada gerakan memboikot produk yang diusahakan isteri barunya yang bernama Hana Azraa di laman media sosial.

Dikatakan, isteri baru PU Abu itu merupakan pengasas kepada satu produk kecantikan yang menjual krim pemutih dan serum anti jerawat.

Ada juga yang menggesa netizen agar memboikot ceramah pendakwah itu sebagai langkah untuk memberi pengajaran kerana menganiayai bekas isterinya, Ain Afini.

Ini antara komen netizen bernama @lolipopt1:

“Perampas di sebalik niqab. Muka comel tapi eiiii geram aku sampai hati kau rampas hak wanita lain semata-mata nak puaskan nafsu.

“Boikot produk dia dan boikot ceramah PU Abu, biar mereka belajar daripada kesilapan. Ini sudah melampau”

Dalam pada itu, netizen di laman Twitter turut melemparkan pelbagai komen dan memberi pendapat mereka berhubung isu itu.

Ini komen netizen lain:

PU Abu sanggup menjandakan isteri dia untuk kahwin dengan janda. Hana Azraa dah bebas dari gelaran janda, tapi selepas tu biar perempuan lain jadi janda dan lalui peritnya perceraian yang dia pernah rasa. Dua-dua kejam tak terkata” – @fadzilaharom.

Dulu hampir nak beli produk dia nasib ada je halangan nak beli ahhaha weii lega sebab tak pernah beli produk dia,” –@nabilamahad.

Jahatnya kau Hana Azraa moga perkahwinan dan business kau hancur sebab hancurkan kebahagiaan orang lain,”@amyranadyaa.

Sebab perangai PU Abu and Aana Azraa nilah orang asyik padang sinis je kat org berpudah dengan pencetus ummah,”@fhanahmran 

Sebelum ini kecoh apabila PU Abu menceraikan bekas isterinya, Ain Afini yang kini sedang hamil tujuh bulan. Kemudian Pu Abu berkahwin dengan wanita lain bernama Hana Azraa yang juga janda anak satu.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Dari respon awal, PU Abu meminta semua pihak agar bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan semua kontroversi yang berlaku.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here