Dikecam hebat tentang siapakah owner sebenar ST Rosyam Mart, Ini Pengakuan Datuk Rosyam Nor

0
6116

Selebriti Datuk Rosyam Nor telah meluahkan rasa sedih apabila digelar ‘barua’ oleh segelintir netizen di laman sosial kepada setelah ada laporan mengatakan bahawa dia bukanlah pemilik sebenar pasar raya runcit ST Rosyam Mart.

Pelakon berumur 52 tahun ini berkata dia akui hanya ada 10 peratus saham dalam syarikat pasar raya tersebut dan selebihnya dimiliki Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd, Datuk Raymond Ho Cheng Hann dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek.

Ini penjelasan dari Rosyam Nor:

“Perkataan ‘barua’ tu cukup menyedihkan saya dan juga keluarga. Lain-lain kecaman saya boleh terima. Sedih dan malu kerana niat nak bantu masyarakat Melayu untuk dapatkan barangan murah tapi lain jadinya.

“Saya tegaskan, saya bukan duta untuk ST Rosyam Mart seperti yang didakwa netizen di laman sosial. Saya mempunyai 10 peratus saham dan selebihnya milik Datuk Raymond dan adiknya.

“Selama ni pun saya tak pernah mengatakan ST Rosyam Mart ini adalah milik saya sepenuhnya. Tapi ia adalah gabungan saya dan syarikat Sri Ternak,”

Rosyam Nor telah membuat satu sidang media untuk memberi penjelasan berkenaan isu ST Rosyam Mart yang menjadi viral di Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa.

Di sidang media tersebut, selain Rosyam Nor, sidang media itu turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Sementara itu, Rosyam Nor telah membuat laporan polis terhadap individu yang menggelarkan dirinya dengan gelaran bersifat perkauman dan melemparkan tuduhan tak berasas kepada bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, iaitu Ho Ah Chai.

Menurutnya, dia kena buat polis report dan mengadakan sidang media kerana berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut selain telah merosakkan nama Rosyam Nor.

Ini komen Rosyam Nor lagi:

“Saya terpaksa ambil tindakan membuat laporan polis sebab individu tersebut merosakkan nama Rosyam. Selain itu, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Fauzi yang menuduh bapa kepada Raymond, bekerja sebagai pengedar dadah.

“Sebelum ini saya tak pernah ambil tindakan biarpun ada macam-macam dakwaan seperti menyatakan saya mencemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan perdana menteri Malaysia.

“Saya malu dengan rakan kongsi saya. Sebab selama 70 tahun mereka dalam perniagaan runcit tak pernah menerima tuduhan dan fitnah seperti ini.

“Saya adakan sidang media ni pun untuk menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf kepada bapa Raymond atas dakwaan tersebut,”

Pasar raya ST Rosyam Mart memang menjadi viral baru-baru ini kerana harga nya yang murahdan ianya dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lepas.

ST Rosyam Mart merupakan usaha sama antara Rosyam Nor dan juga syarikat Sri Ternak.

Ikuti penjelasan Datuk Rosyam Nor berhubung isu pasar raya ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Posted by Sinar Harian on Friday, 4 January 2019

Sumber: mStar / Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here