Dua lukisan anak Aaron Aziz berkaitan dengan serangan pengganas mengejutkan ramai

Pelakon popular dari Singapura iaitu Aaron Aziz melahirkan rasa terkejut apabila anak bungsunya iaitu Dahlia Arissa yang baru berumur 9 tahun, mampu melukis kejadian serangan pengganas ke atas masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas.

Aaron Aziz yang kini sudah berumur 43 tahun berkata, dia memang langsung tak sangka anak kecilnya itu mampun faham apa yang terjadi. Lagi mengejutkannya, Dahlia mampu melukis kejadian sedih itu pada usia yang masih kecil.

Ini komen Aaron Aziz:

“Assalamualaikum. Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia. Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?”

Aaron berkongsi gambar berkenaan di laman media sosial nya semalam.

Diimbas kembali, pada 15 Mac lalu (jumaat lepas), seluruh dunia telah dikejutkan dengan satu serangan lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.

Kemudian, beberapa siri seragan turut berlaku di sekitar negara New Zealand.

Sehingga kini dilaporkan 50 mangsa maut dalam kejadian aktiviti yag tidak berperikemanusiaan berkenaan.

Dalam pada itu, Aaron turut mendoakan mangsa kejadian diberi tempat tertinggi di dalam syurga.

Ini tulis Aaron Aziz lagi tentang mangsa tembakan di masjid:

“Semoga saudara-saudara kita ditempatkan di tempat tertinggi di syurga dan Allah melindungi kita semua. Amin,”

Ini perkongsian dari Aaron Aziz:

“May our fallen brothers n sisters all around the world be blessed with a place in the highest Jannah Amin. An illustration from my 9 yr old daughter @dahliaarissaaaron It’s heartfelt to see a child drawing such sad pictures. What’s happening to this world… “

Sumber: IG Aaron Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here