Emma Maembong dan Syed Abdullah sudah unfollow, padam foto masing-masing

0
15294

Kisah panas yang melanda pasangan Syed Abdullah dan Emma Maembong dilihat mungkin telah menjejaskan hubungan mereka.

Ini apabila kedua-dua mereka bertindak memadam gambar mereka bersama yang dimuat naik di laman sosial tak lama dulu.

Selain itu, bertambah panas, kedua-dua mereka dilihat sudah unfollow laman sosial Instagram masing-masing.

Sejak hari Sabtu yang lepas, foto dan video yang dimuat naik oleh Emma Maembong bersama Syed Abdullan iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika bercuti bersama-sama sudah dipadamkan di laman sosial masing-masing.

Ini sekaligus menjadi persoalan buat para netizen di luar sana.

“Kenapa dah takda gambar Emma dah putus ke?” komen salah seorang netizen pada ruangan komen IG milik Syed Abdullah.

Bagaimanapun, tak lama selepas itu, selepas beberapa jam Syed memaparkan kembali foto-foto tersebut di laman sosial miliknya itu.

Selepas mengumumkan tidak bertudung pada Rabu lalu, Emma Maembong telah memuat naik beberapa gambar dan video beberapa sesi fotografi akhbar dengan imej baharunya.

Biarpun masih menerima kecaman, pelakon berumur 27 tahun ini tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen netizen.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu banyak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang sedang hangat ini kembali menjadi reda.

Emma Maembong turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.

Diimbas kembali, sekitar akhir Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran gambar tidak bertudung dan berpakaian seksi pelakon itu bersama kekasihnya di laman sosial.

Ekoran kontroversi itu, Emma akhirnya membuat satu keputusan mengejutkan untuk tidak lagi bertudung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here