Facebook, Instagram dan Whatsapp terima gangguan, tak boleh akses sejak petang tadi

Ini satu berita yang agak mengejutkan Malaysia petang tadi apabila 3 aps yang popular di handphone tiba-tiba tak dapat dilayari.

Dua laman media sosial iaitu Facebook dan Instagram, serta satu aplikasi iaitu WhatsApp telah menerima satu gangguan teknikal yang mengejutkan sekitar jam 6 petang tadi.

Difahamkan, gangguan teknikal itu berlaku di Eropah, Asia Barat, sebahagian kawasan di Amerika Syarikat, India dan Asia Tenggara.

Dari laporan laman Down Detector, pihaknya menerima begitu banyak aduan tentang gangguan teknikal pada Facebook, Instagram dan juga aplikasi WhatsApp.

Pengguna media media sosial ini gagal untuk mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.

Sementara itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas apabila pengguna mengalami masalah untuk menghantar foto dan video. Ada juga yang langsung tak dapat akses ke aplikasi ini.

Gangguan itu dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com pada hari kejadian berkenaan, laporan tertinggi turut dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah. Dan ini termasuk negara Malaysia.

Untuk yang tidak tahu, aplikasi WhatsApp dan Instagram adalah milik kepada Facebook.

Sumber: mStar / The Reporter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here