Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan, Bermula Hari Ini… Semoga bertabah Diana Danielle

0
1579

Selebriti tanah air berstatus Datuk iaitu Farid Kamil Zahari hari ini dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.

Hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan bahan terlarang Januari tahun lepas yang mencetuskan kekecohan di industri hiburan tanah air.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap pelakon berumur 38 tahun itu, selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk hanya berdiam diri.

Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,”

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid Kamil untuk tampil membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Farid Kamil telah didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here