Farid Kamil kena penjara, ini respon Diana Danielle

0
21739

Umum mengetahui, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah di jatuhkan dengan hukuman penjara selama 9 bulan bermula semalam.

Ini berkaitan kes bahan terlarang, dan Farid Kamil terus ke penjara tanpa ditangguhkan lagi.

Apabila dikenakan hukuman berkenaan apatah lagi dengan kedatangan Syawal yag bakal menjelma, ramai yang kasihan dengan keluarganya terutama isteri, Diana Danielle dan anak-anak nya yang akan beraya tanpa Farid Kamil.

Di laman Ig miliknya, Diana Danielle telah memuatnaik foto mereka sekeluarga dengan caption mengatakan walau apapun yang berlaku, mereka semua tetap sayang dengan Farid Kamil.

Ini tulis Diana Daniell:

“Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades. We love you so so so so much no matter what”

Dalam pada itu, apabila ada wartawan yang bertanya kepada Diana Danielle tentang apa yang berlaku, Diana tidak mahu memberi sebarang komen lanjut.

Ini tulis Diana Danielle kepada wartawan: “Please learn to leave people alone during this difficult time”

Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah atas kesalahan mengguna bahan terlarang pada tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh hari ini sepatutnya tampil untuk membela diri.

Farid turut diperintah untuk dipantau oleh AADK selama dua tahun.

Mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here