“Jangan tutup periuk nasi orang…. busuk hati” – Pendedahan Faye Kusairi

Pelakon Faye Kusairi mendedahkan ada orang yang busuk hati dengan dirinya dan mencuba untuk menutup periuk nasinya dalam industri seni.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, berkata dia menyedari perkara itu namun hanya menilainya secara positif.

Apapun, Faye bersyukur masih ada tawaran berlakon biarpun watak yang diberikan hanyalah sedikit dan mahu kembali aktif selepas dua tahun tidak muncul dalam mana-mana drama.

Ini jelas Faye Kusairi:

“Saya ada rasa dan ada la bersuara sana sini bercerita. Maklumlah, industri kita kan kecil. Tapi itulah kehidupan.”

“Tapi Alhamdulillah, lega dan seronok bercampur bersyukur masih ada tawaran untuk saya walaupun watak itu sikit dan menyampahnya banyak.

“Saya dah lama tak berlakon, rasanya kurang dari dua tahun dan tahun ini memang saya fokus nak aktif semula dalam bidang lakonan dan permotoran,”

Faye diminta mengulas mengenai statusnya di laman sosial yang memberi gambaran seakan-akan ada pihak cuba menyekat rezekinya dalam bidang lakonan.

Sebelum ini, Faye ada menulis caption ini:

“Bagi yg rindu Faye berlakon tu… Boleh la ni dari takde. Watak yg sikit tapi annoyingnya banyak. Faye masih aktif berlakon, cumanya tawaran je kurang. Sabar na… Hidup pelakon ni bermusim. Kejap anda berada diatas, kejap dibwh. Yang pasti, jangan tutup periuk nasi orang…. busuk hati namanya

Di IG, Faye turut memuat naik video drama terbaharu lakonannya bertajuk Setelah Cinta Itu Pergi yang akan ditayangkan bermula 17 Januari ini.

Drama arahan Heykal Hanifah itu akan bersiaran menerusi slot Samarinda, TV3 pada Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.

Dalam perkembangan aktiviti Faye yang lain, pelakon ini akan menyertai Asia GT Festival sebagai pembantu pelumba yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang bermula 16 Mac depan.

Katanya, dia mahu mendedahkan anaknya, Alif Azmi dengan arena permotoran dan permainan badminton.

“Saya nak bawa Alif ke Litar Sepang nanti. Sebab ramai orang nak jumpa dia. Lagipun, saya nak dedahkan dia dengan arena permotoran.

“Selain itu, bila saya nak main badminton pun saya akan bawa dia sekali. Biar dia biasa dengan aktiviti sukan,”

Untuk pengetahuan, Faye dan pengarah Azmi Hatta berkahwin pada 9 April 2017. Apa yang menarik,mereka berdua juga menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada hari yang sama iaitu 9 April 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here