Filem Misteri Dilaila Dapat Sambutan Hangat, Ini Jumlah Kutipan Filem Ini Dalam Masa 5 Hari

0
3559

Filem berjudul Misteri Dilaila telah mendapat sambutan yang ebta dari peminat filem tanah air.

Kini, dikatakan kutipan yang diterima sudah mencecah RM4 juta sejak ditayangkan pada Khamis lalu.

Salah seorang pelakon utamanya, Zul Ariffin turut meluahkan rasa syukur atas kejayaan kutipan awal filem itu.

Ini komennya:

“Alhamdulillah… Hasil sokongan anda semua, Misteri Dilaila telah meraih kutipan RM4juta dalam tempoh 5 hari tayangan! Terima kasih semua!”

Filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini buat pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan apabila menampilkan dua pengakhiran berbeza dalam satu filem.

Misteri Dilaila dibarisi pelakon hebat antaranya Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor dan Namron.

Filem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati isterinya hilang. Maak bermulah kisah misteri ini.

Malah filem ini memang lain dari yang lain serta memunyai plot twist yang amat berbeza dari filem lain.

REAKSI SHAFIQ YUSOF

Dalam pada itu, pengarah filem ini berkata, tiada sasaran jumlah kutipan filem dan hanya mengharapkan penonton betul-betul terhibur.

Itu reaksi Syafiq Yusof ketika ditanya mengenai perkembangan sambutan filem arahannya yang kini memasuki hari ketiga tayangan di pawagam di seluruh negara.

Ini jelasnya:

β€œKita (Skop Production) tidak pernah letak berapa jumlah kutipan. Itu semunya di tangan Allah.

β€œSaya harap orang tengok ramai-ramai dan enjoy, itu goal (matlamat) saya lah. Supaya orang terhibur menonton filem ini.,”

Tahun lalu menyaksikan beberapa filem tempatan mencatatkan kutipan box office memberangsangkan dengan kutipan lebih RM30 juta.

Antaranya, Munafik 2 dengan kutipan tertinggi RM48 juta, Hantu Kak Limah 3 pula kutip RM36 juta dan filem PASKAL (RM30 juta).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here