(FOTO) Ini Kenyataan Rasmi Polis Tentang 6 Bomba Yang Maut Lemas Ketika Cuba Selamatkan Remaja

Seramai enam orang anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana di Serdang.

Seorang jurucakap jabatan itu berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam Rabu, kesemua enam anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dibawa arus deras.

Pasukan itu mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong tersebut, pada kira-kira pukul 5.50 petang Rabu. Difahamkan remaja berkenaan dan dua lagi memancing di lombong tersebut. Dua rakan mangsa yang jatuh itu cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berdekatan.
INI KENYATAAN DARI PIHAK BOMBA

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, kesemua anggota bomba berjaya dinaikkan dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan meninggal dunia. Dua daripada mereka dari balai bomba Shah Alam manakala empat lagi dari balai bomba Pelabuhan Klang. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim (34 tahun), Izatul Akma Wan Ibrahim (32 tahun), Mazlan Omarbaki (25 tahun), dan Yahya Ali (24 tahun), dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman (33 tahun), dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari (25 tahun).

INI KENYATAAN POLIS

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata prosese menyelamatkan merupakan prosedur operasi standard (SOP) unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.

Beliau berkata pasukan berkenaan turun ke lombong tersebut pada pukul 9.15 malam Rabu dalam keadaan hujan renyai bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong tersebut ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

“Tiba-tiba air deras berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua mangsa berpusing-pusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam mereka tertanggal”

Polis berkata kesemua mangsa bergelut kira-kira 30 minit, dengan anggota di darat segera cuba membantu menaikkan mereka ke tebing. Abdul Aziz berkata kesemua mereka kemudian berjaya ditarik ke tebing namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis turut memberitahu bahawa pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memulihkan mangsa dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tidak berjaya.

Ini beberapa foto kejadian:

Takziah buat ahli keluarga mangsa. Al Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here