(FOTO) Neelofa Sambut Birthday Dengan Datuk Hans Isaac… Sweet Sangat

0
7847

Pada tarikh 10 Februari yang lepas, ianya merupakan hari jadi Neelofa yang ke 30 tahun.

Satu majlis hari jadi telah diadakan oleh adik beradiknya serta rakan taulan yang dibuat di Cicchetti Di Zenzero di Kuala Lumpur.

Khabarnya restoran berkenaan telah dimiliki oleh pelakon Kavita Sidhu dan suaminya iaitu Roberto Guiati.

ketika majlis berkenaan, apa yang mencuri perhatian orang ramai, salah seorang tetamu jemputan iaitu bekas ratu cantik Malaysia, Datin Elaine Daly.

Dengan baju yang bertemakan warna putih, Elaine telah memuat naik video dan gambar di Insta Storiesnya dan satu gambar menunjukkan, Datuk Hans Isaac turut menjadi tetamu istimewa pada majlis hari jadi Neelofa tersebut.

Rasanya ramai yang dah tahu, Hans Isaac dan Neelofa pernah menjalin cinta satu masa dulu. Namun hubungan mereka dikatakan telah terputus dan kemudian, Neelofa menjalin hubungan cinta lokasi dengan Fattah Amin.

Apabila gambar itu mula tersebar, ramai mula nak tahu tentang kisah hubungan mereka berdua, adakah kembali bersemi? Ataupun hanya sekadar teman rapat sahaja.

Hubungan ini memberi banyak teka-teki kepada orang ramai dan memang tidak dinafikan, kini mereka berdua berkawan rapat.

Gambar adanya Datuk Hans Isaac di majlis sambutan hari lahir Neelofa tidak di muatnaik oleh kedua dua pelakon ini. Macam sesuatu sangat, macam ada nak sembunyikan sesuatu.

Apapun, jika benar pasangan ini benar-benar jalin hubungan, apa salahnya. Kedua-dua mereka masih single, dan sama cantik sama padan pula tu.

Selamat menyambut ulang tahun yang ketiga puluh tahun kepada Neelofa.

Semoga pengacara MeleTop ini akan terus sukses dalam segala bidang yang diceburi, bidang hiburan dan juga bidang perniagaan.

Sumber: HANGAT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here